BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 9, 2010

Hatinya sayu, memikirkan takdirnya yang ditentukan,
Di fikirannya, terlintas semua memori manis yang telah berlaku,
yang akan kekal di dalam hatinya sehingga dia menghembuskan nafas terakhir.

Hujan turun renyai-renyai,
Bagai mengiringi tangisannya yang pilu,
Siapakah yang memahami betapa pedih penderitaannya pada masa itu?
Andai itu takdirnya,
Namun, dia percayai bahawa nasibnya di tangannya sendiri.

Cabaran yang ditempuhinya selama ini,
Akan dia kuatkan semangatnya,
Akan dia cuba dengan sedaya upaya,
Agar tidak kalah dan jatuh....

0 comments: